Syabas murid-murid! Sejauh ini, kamu semua telah menulis tentang dua tajuk blog.
1. Cuti Sekolah Saya - 19 Mac
(Ceritakan tentang cuti sekolah yang baru kamu lalui.)
2. Erti Persahabatan - 9 April
(Siapakah kawan baik kamu? Apakah yang keistimewaan kawan baik kamu itu? Mengapakah kawan itu penting dalam kehidupan kita?)
Cikgu benar-benar terhibur membaca cerita kamu semua.
Teruskan menulis dengan kreatif dan Cikgu akan cuba untuk memberikan komen
bagi setiap catatan kamu itu.
Untuk minggu ini, tuliskan tentang 'Misteri Dunia yang Menakjubkan'.
- Apakah misteri tersebut?
- Mengapakah misteri itu menakjubkan?
- Apakah yang akan kamu lakukan jika berhadapan dengan misteri tersebut?
Selamat menulis! :)
~*~ Minda Terbuka, Diri Berwibawa ~*~
Blog Bahasa Melayu yang mengajak murid-murid memberikan komen, berkongsi pendapat dan meluahkan isi hati. Jadi jangan segan, jangan malu. Gerakkan jari-jemari dan minda anda untuk menyemarakkan blog ini! =D
Rabu, 18 April 2012
Ahad, 26 Jun 2011
Pengalaman yang Merubah Diri Saya
Saya telah berpeluang untuk mengunjungi negara Brunei Darussalam semasa cuti sekolah yang lalu. Negara itu amat indah dan penuh dengan adat dan budaya Melayu yang amat menarik. Penduduk-penduduk di Brunei sangat peramah dan makanan di sana juga sedap-sedap belaka.
Walaupun terdapat banyak pengalaman yang menarik telah saya lalui, terdapat satu pengalaman yang telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya.
Sewaktu menyeberang jalan raya bersama murid-murid di sana, pemandu-pemandu kereta berhenti untuk memberi laluan kepada kami. Pada mulanya, saya fikir itu kawasan masjid dan juga Muzium Royal Regalia kepunyaan Sultan jadi mereka berhenti dan memberi laluan. Namun, setiap kali kami menyeberang jalan raya, pemandu-pemandu di sana akan menunggu sehingga kami selamat menyeberang sebelum bergerak semula.
Saya berasa amat teruja dan terharu dengan pengalaman ini kerana keadaan ini berbeza di Singapura. Pemandu-pemandu di sini kebanyakannya tidak sabar dan akan memecutkan kereta mereka di jalan raya. Apalagi apabila saya sendiri sewaktu mengajar di sekolah, saya selalu tergopoh-gapah dan cepat naik angin.
Saya rasa kalau pemandu-pemandu tersebut dapat bertimbang rasa dan bersabar, saya juga dapat melakukan perkara yang sama. Mulai hari ini, saya berjanji untuk lebih bersabar dengan karenah anak-anak murid saya dan tidak cepat marah. Saya juga berharap murid-murid saya dapat membantu saya dalam perjuangan saya ini dan mengingatkan saya apabila saya lupa!
Terima kasih semua! :)

Ahad, 9 Mei 2010
Menangani Tekanan Menjelang Peperiksaan
Setiap murid akan menghadapi peperiksaan.
Mereka juga mempunyai cara yang tersendiri untuk menangani tekanan peperiksaan.
Seperti murid-murid, Cikgu Norlin dahulu pun seorang murid yang menghadapi tekanan setiap kali peperiksaan tiba.
Untuk mengurangkan tekanan yang Cikgu rasakan, Cikgu selalu mendengar muzik dan menyanyi seolah-olah saya membuat konsert saya sendiri.
Pada mulanya, ibu Cikgu marah, tetapi setelah dia tahu mengapa saya buat demikian, kami pun bernyanyi bersama-sama! =D
Cuba murid-murid berkongsi tentang SATU strategi kamu menangani tekanan sewaktu menghadapi peperiksaan.
Ingat, tekanan itu hanya akan membuat kita lebih bekerja keras untuk mencapai kejayaan!
Langgan:
Catatan (Atom)